Gabungan Menentang Kepelbagaian Kesatuan Sekerja (CAMU) menggesa kerajaan menangguhkan bacaan kali kedua Rang Undang-undang (RUU) Kesatuan Sekerja 1959.
Pengerusinya, Zulfakar Mohamed berkata ia susulan pihaknya membantah cadangan untuk memperkenalkan peruntukan berkaitan "kepelbagaian Kesatuan Sekerja" dalam akta berkenaan.